No hate, NO love

Friday, 13 March 2015

Exam Results #BOUNCE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...erk? Semua? Aku dan Triple S je kot...

       Okay... aku cakap nak update last week... tapi terimalah aku seadanya.

       Okay... last week exam and minggu ni last week of school which makes today the lat day of schol before March hols.. tapi aku ponteng hari ni *sebab sakit, ya.... bukan sengaja* which makes yesterday my last day.... sedih


       Kau tau aku dah dapat semua results aku? tak payah tanya banyak... dan aku tak payah taip banyak.. cukup sekadar taip average aku 69%.... dah kalau average macam tu mustahillah aku dapat straight As,, sedih...

      I seriously have the thought of changing streams though *camtu eh eja stream untuk arts stream sume tu?* Aku sekarang kat pure science+accounts ... aku nak tukar gi  arts+econs+acc+add math... arts stream lah tu.. tapi haih.. banyaklah aral melintang... orang kata kita kena dengar cakap orang tua sebab dia orang dah lebih banyak makan garam dari kita... tapi  hahahah.... bapa aku kata orang tua dah lebih banyak makan garam dari kita sebab tu diorang ada darah tinggi sebab tu diorang.... kau fikirlah sendiri... haih... tengoklah hati aku pasal benda ni camna akhir tahun nanti... apalah nasib kau Ilya... haih... sedih...

      Okay dah.... quit bout the sad stressing things... aku nak cakap pasal BOYFRIEND comeback BOUNCE!!!!! Cool gila kayh? Daebak

Image result for boyfriend bounce

Image result for boyfriend bounce

Image result for boyfriend bounce


OBSESSION : Peter Pan. WITCH : Red Riding Hood. BOUNCE : Alice In Wonderland!!! Tapi diorang kata this is the last of the fairytale series... huhu... Sedih... heol... sedih balik!! But this comeback is DAEBAK!!! 

Memandangkan aku tak kenal sangat Alice In Wonderland sebab aku tak pernah tengok habis cerita tu.... terpaksalah aku google siapa watak yang each member pegang so... here it is...
Donghyun : White Rabbit
Hyunseong : Cheshire Cat
Jeongmin : One of The Queens' Playing Cards
Youngmin & Kwangmin (Jo Twins) : Tweedledum & Tweedledee (Tweedle Twins)
Minwoo : Mad Hatter *watak Johnny Depp tu*

lama kayh aku search google... nak cari watak ni sume...  

Weh... tengok #ASHTAG dorang!!! 

https://www.youtube.com/watch?v=6hyF87uejlE

Kalau ikut hati banyak gila link vid... tapi ni aku bagi satu lagi first comeback stage #BOUNCE

DAEBAK!!! and... BOYFRIEND BOUNCE MV !!!!

DAE to the BAK!!

aku baru sekali tgk live performance dorang... sebab? Sebab aku bukan anak tunggal... ahhaahah ... sedih....

KAyh... bye.... Tahun depan aku update

Saturday, 28 February 2015

Sajak Anti-Dadah.

   Assalamualaikum dan salam sejahtera selepas hampir 9 bulan. Walupun yang baca blog ni Triple S je...

   Okay... semalam.. which is hari Jumaat 27/2/2015 aku masuk pertandingan deklamasi sajak untuk Minggu Anti Dadah yang dianjurkan oleh SMKKK Damansara Jaya.

   Dan, seperti biasa.. aku akan cari sajak dekat Internet... Dan seperti biasa, apa yang aku jumpa dekat Internet tak memuaskan hati aku... jadi aku buat sendiri dan deklamasikan karya aku sendiri. Kau baca je .. aku tak de nak add audio aku mendeklamasi kat sini.. MALU!!


Dadah Hapuslah Dikau

Dadah, 
Kau  pendamping  dunia  perubatan,
Kau  penawar  mereka  yang  kesakitan,
Kau  ibarat  wira  yang  tidak  didendangkan,
Namun  itu  kisah  yang  lama  kau  tinggalkan.
Kini,
Kau  berpalin  dari  matlamat  yang  asal,
Kau  penyebab  keluh  dan  kesal,
Kau  pemusanah  harapan  nusa  dan  bangsa.

Dadah,
Di  awalnya,
Kau  malapetaka  dikarburi  suka,
Di  hujung  nanti,
Kau  nukilan  penuh  duka.

Dadah,
Hapuslah  dikau,
Agar  hilang  keseronokan  penuh  dusta,
Agar  tiada  sampah  masyarakat  melata,
Agar  kembali  ketamadunan  manusia.

Wahai  manusia,
Jangan  terpedaya  dek  dusta  dadah,
Khalayan  sebuah  keseronokan  sementara,
Yang  tingal  nanti,
Realiti  dirimu  yang  merana.

Andai  di  mata,
Dadah  itu  seperti  mawar,
Ingatlah  mawar  itu  tajam  durinya,
Andai  di  lidah,
Dadah  itu  seperti  manisan,
Ingatlah  hidup  mu  tanpa  dadah,
Lebih  manis  rasanya.

   
  hahahaa.. itulah  dia. Aku dapat tempat kedua untuk deklamasi sajak Sayang Sesama Insan yang aku post dekat blog ni tahun lepas... tapi untuk sajak ni... aku tak rasa aku dapat any placing sebab waktu aku deklamasi hari tu.... macam rap! Kurang sikit je dari Joe Flizzow.. hehe...

Oh ya.. aku tengah tengok Tiga Hari Menanti Mati.. omg.. Adi Putra dengan rambut crew cut... handsome gila! Guys with crew cuts are heart melters... entah betul tak English aku..

Oh ya... Jo Twins pun rambut crew cut... sebab diorang masuk Real Men 2.. my heart!!

Embedded image permalink                 Embedded image permalink


Oh ya.. they're having a comeback on 5th of March which is next week.. and.. I have exams!! :') so... I'll talk about that after exams.. the theme is Boyfriend in Wonderland.. Dark Fairytale Idols!! 
Obsession - Peter Pan
Witch - Red Riding Hood
Bounce - Alice in Wonderland
what else? ugh.. CANT WAIT!!!

BYE.. TILL I WRITE AGAIN.. MAYBE IN THOUSAND YEARS.. HAHAHAAH... ASSALAMUALAIKUM.

Friday, 23 May 2014

Exams over... BOYFRIEND WE BACK!!!








Hello! Assalamualaikum~~~

  And  so...  exam  mid-year  baru  habis  kayh.... belum habis. ada exam pj tapi x pe, bkn subject streaming   hoho... 

  And telah aku mendapat beberapa result, yang sangat mengecewakan aku. kengkawan kata result aku ok, tapi x de org akan faham perasaan manusia yang frust menonggeng ni. Haih... Sedih ... 

Dari kecil aku sentiasa dibebani *ceh,ayat* oleh expectation untuk dapat straight A's oleh diri sendiri dan beberapa orang lain. Sampai dah besar panjang cam ni, *kayh, taklah panjang sangat* aku masih jadi manusia yang akan tahan nangis bila result teruk. 

Bukan nak menyalahkan parents yang ada high expectation kat atas aku. And bukan gak kat diri aku yang frust menonggeng sebab belajar dengan begitu bersungguh-sungguh dengan semangat yang jitu, but at last, results.... haih...Cuma bengang sebab aku boleh dengan bangangnya membuat kerja bodoh yang selalunya dipanggil careless mistakes in exams.. Hurm.... kira menyalahkan diri sendiri lah tu kan? ke, Salahkan takdir?

         Alright, meh lupakan perkara yang stressing ni, benda dah lepas dah pun. So,  BOYFRIEND COMEBACK!!!

Weh,  Boyfriend  is coming back on 31st of May!!  After 1 year 4 months and 21 days!!! IF I COUNTED CORRECTLY The title is Obsession  or that's what we know for now. The members have been giving out selca/selfie teasers! SO HOT!!



    Serious, been waiting for so long! And, just now they had Twitter Attack Event Part 1. Lots of lucky fans got a reply, but of course, I'm not one of the lucky ones *Boleh aku melalak tak? Results teruk, Boyfriend x layan aku.. huhu*  But it's okay there's gonna be part two! My luck always come at the end *But sometimes it never bother to come,too*  GOOD LUCK ILYA ISMAIL!!!


  Oh, ada sesiapa baik hati nak bawa aku gi Kinokuniya?

Books in my want-list :
-Shadow Spell
-The Shadow Throne
-The whole Artemis Fowl series

Especially nak yang first and second one tu. Yang Artemis Fowl tu x kisah sangat.

Wednesday, 26 February 2014

Sajak Menyajak

So... hari ni ada pertandingan sajak kat sekolah... ni kira terbuka lah bagi budak-budak sesi pagi. 

Sajak yang aku deklamasikan (kayh... tersasul-sasul nak sebut deklamasi waktu intro tadi), aku cuba cari kat internet tapi hurm.. x puaskan hati aku. Jadi, daripada aku kompelin, baik aku buat sendiri sajak aku.

So... here it is. Oh... ha'ah.. tema dia budaya penyayang

Sayang Sesama Insan

Sayang,
Sayang sesama insan,
Keluarga, guru, sahabat handai,
Malahan mereka yang tidak pernah bersua muka,
Sayang tidak pernah habis,
Sayang tidak pernah hilang.

Sedari kecil,
Kita diajar untuk menyayangi,
Diajar untuk menghormati,
Diajar untuk berbudi pekerti.

Tetapi mengapa,
Mengapa kini,
Kita membenci dan mencaci,
Mengeji dan memaki,
Malahan bergaduh sehingga berbunuhan.

Mengapa,
Mengapa guru bagai diperang,
Mengapa anak begitu senang dibuang,
Mengapa ibu sanggup ditendang,
Mengapa lupa bapa seorang pejuang?

Kembalilah,
Kembalilah menyayangi,
Berdoalah agar kita kembali berkasih sayang,
Agar kita tidak berperang,
Agar benci tidak bersarang,
Di dalam hati yang gersang.

Jangan tanya aku macam mana aku bersajak...  MALU!!! tetapi Alhamdulillah... dapat 3rd place.. 1st place: Liyana, 2nd place: Nur Kaisah Athirah binti Ahmad Azlam.. hehe.. sorry tak tau nama panjang Liyana.

Ok.. ada berita gumbira walaupun tak berapa dicelebrate sangat.. PBS ditangguhkan! hehe...

Aku boleh bayangkan.. one day... setelah perbincangan dan kajian pasal benda PBS ni tamat.. waktu dekat sekolah... tengah belajar, tetiba ada pengumuman,  
"Maaf kerana mengganggu. Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS dibatalkan buat tahun 2014 dan selamanya. PMR akan diwujudkan kembali atas faktor 'majority wins' dan faktor PBS terlalu membebankan. Selamat belajar dan terima kasih"
Dan... lepas itu aku dapat bayangkan satu Blok C sekolah aku (blok di mana kelas form 3 aka first batch PBS) menjerit keseronokan.  Yang students menari KPOP... yang cikgu yang ajar form 3 pula ber KUCH KUCH HOTA HAI sebab gembira. Lepastu kita sama-sama menari zapin, tarian naga, tarian baratha natyam.. dan apa-apa saja tarian yang ada dan diketahui. Lepastu sampai balik kitorang celebrate.

Lepas tu andai kata waktu announcement tu tengah baru nak mula jawab evidens PBS, kitorang meronyokkan ,  ataupun mengoyak-ngoyakkan evidens tu, lalu buang dalam tong sampah sekadar  nak menunjukkan rasa bahagia dan bersyukur (bersyukur kejadahnya, kalau kertas tu recycle kan bagus)

INI SEKADAR KHAYALAN AKU YA! PBS MASIH WUJUD DAN SEDANG DITUNDA.

tetapi.. aku harap PBS dimansuhkan kerana terlalu banyak hati-hati murni yang berharap begitu.. huhu... adios..

P.S: agak-agak apa yang aku cakap pasal buang evidens tu isu sensitif tak?

Thursday, 20 February 2014

Yeah! Okay, setelah sekian lama x update, meh sini aku update.

WAAAA! Kerja melambak (standard lah, dak dak pbs). Dan..  kenap tetiba anak Pak Mail ni nak update... saja...

And.. pg tadi. ada something yang jd kat kelas. Lawak gila! Tetapi memandangkan aku terlebih, terlampau malas nak type, aku repost dari Triple S  jelah...

SINI TAU!!

Siap  ada  nama aku lg, bangga x? Lepas apa yg jd tu, boleh pula ada siren polis bunyi
"Polis!  ini haa...  dia  ugut  nak  bunuh  Sultan!" -Encik  Ayub

LOL!!!!!  Dahlah,  nak buat jadual. Annyeong!


P.S: Ini semua  hanya gurauan semata-mata, bak kata Triple S . 


Thursday, 23 January 2014

Assalamualaikum~~~ wallyo  wallyo!

Hurm... first topic...... PBS! Kayh.. td ada satu ckgu ni kata... penilaian menguasai/tak menguasai berlainan mengikut kelas. Contoh, kalau budak kelas first dpt 5 betul dr 10 soalan, tidak menguasai TETAPI kalau budak kelas last dpt 5 betul dr 10 soalan.. dia dikira pass. Weh, ni contoh kayh tp.. u got the picture right? Ini tak  ADIL!!!!  Aku harap ini x betul lah.... please lah... jgn buat lawak please... (x pasti sama ada mmg semua org dah tau pasal ni dan aku sorang je yg ketinggalan zaman)

Kedua, agak kecoh pasal Indonesia dgn Philippines snow.... Sophia dgn aku punyalah berangan apa akan jd kalau Malaysia pun snow. Dunia punya arah mata angin dah terbalik pastu nnti matahari terbit dr barat lah (ni fikiran budak umur 15 tahun 12 hari dgn budak 14 tahun 6 bulan 5 hari punya pemikiran, ya. Sila jangan ambil serius), pastu kedai coat tutup sbb rami sgt org belilah, dan macam-macam lg imaginasi kami yg mengalahkan budak 5 tahun. But then.... it turns out that the snow in Indonesia is fake/artificial or something like that. However, the one in Philippines is real (sumber: Pak Mail). Kira bersyukurlah sepatutnya kan?

Thirdly, esok periksa tp aku still ada kat dpn netbook ni and updating the blog which no one reads.... suka hatilah... (tgh frust sebenarnya ni *x de sbb pun nak frust sebenarnya, saja menggedik... hoho*) Aku pun x tau nak belajar apa ... katanya subjek form1 and form 2 pun masuk.. nantilah.. tgk kalau seru datang, aku belek lah buku math tu.

Fourth, hoho... x de menda nak ckp... saja tambah lg satu perenggan *aku tau korang nampak kegedikan aku skrg, tp Sophia ckp aku kasar tau! Siap korang!*


P.S; BOYFRIEND's comeback D-16!!!! *excited*

Sunday, 19 January 2014

A Poem by Jekyll

A POEM BY JEKYLL

Fear,
Everyone has it,
Everyone hates it,
Everyone hides it, 
Because our desire is to be brave.

Some fear ghosts,
Some fear poverty,
Some fear being ugly,
Some fear sinning to the One and Only,
But none of them scare me most.

The scary thing makes me a monster,
The scary thing makes me morally poor,
The scary thing makes me ugly by heart, 
The scary thing makes me a sinner,
 Unfortunately,
My biggest fear,
is Hyde.


P.S :  This is my first attempt on English poem. No hate, please.