No hate, NO love

Friday 15 November 2013

Di manakan ku cari mu?

Assalamualaikum. Kayh.. basically post hari ni pasal buku!!! So, semalam ada beli buku dekat Popular. Yes, bookstore for popular peeps... macam aku *kipas-kipas muka dengan tangan* Title jiwang tu? Sabo... nak cite lah ni... So, semalam aku beli dua buku: "Tinggal Dengan Nenek... NO WAY!" dan "Ini Satu Cerita Alter Ego". Rasa sangat wrth it beli dua-dua buku.
Buku "Tinggal Dengan Nenek.... NO WAY!" ni sebenarnya untuk kanak-kanak, tetapi kira still valid lah untuk aku kan... hahahaha. Cerita ni pasal Nabil yang terpaksa duduk dekat kampung dengan nenek dia sebab mak dia ada kerja dekat Jepun. Aku rasa aku pun boleh jadi sewel kalau dah 11 tahun hidup tak pernah kurang tiba-tiba tandas jadi dekat luar. Seperti aku kata cerita ni untuk kanak-kanak jadi banyaklah pengajarannya.
Ini pula buku "Ini Satu Cerita Alter Ego" Dia cerita pasal 3 university student lelaki yang serumah,sekepala, segila (?), sengal dan macam-macam 'se' lagi. Cerita dia sangat lawak dan spontan. *tabik author Faizal Dzasrik* Cerita ni ada pengajarang jugak. How to value friendship , jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang and macam-macam lagilah! Serius best cerita ni.. aku ketawa sampai terbatuk-batuk. KAyh... sekarang pasal title jiwang tu... aku tengah sedih ni... sebenarnya buku "Ini Satu Cerita Alter Ego" ialah buku kedua... buku pertama tajuk dia "Ini Suatu Cerita"... this is how it looks:
And... aku dah berhajat nak beli online, sebab aku tak rasa senang nak dijumpai dekat bookstore. Semalam waktu aku beli pon aku dah dapat rasa buku tu bukan bukan buku pertama, tetapi tak ada pulak aku cari semalam buku pertamanya dekat Popular tu. Sekarang, timbul pula masalah lain. The problem is bila aku check dekat MPH online and PTS online (aku main hentam je nama website) ... dua-dua habis stock!! So.. kepada sesiapa yang tahu nak beli dekat mana... tolong beritahu aku!! Aku serius nak baca.. Alah.. takkanlah langsung tak ada dah dekat Malaysia ni.. buku yang dah keluar berpuluh tahun pun masih ada... buku ni baru tujuh tahun.. tolonglah ada! Tolonglah ada!! Aku nak baca sangat sebab buku kedua dia best! Buku pertama dia mesti best gak kan!! Tolonglah.. tolonglah.. aku nak baca sangat... P.s: I'm also trying to find Shadow Spell, by Caro King P.s.s : Minggu lepas ada beli "Ops!Zulaikha". Aku yang terlebih anxious baca ending dulu. Terus tak ada semangat nak baca! Bengong tak aku?

Sunday 3 November 2013

Memory Loss / Hilang Ingatan

Wallyo wallyo!! Assalamualaikum... I'm back!! yeah... title memory loss atau malayanya... hilang ingatan. NO,NO, Don't worry... I'm fine.. totally fine... tak ada accident ke apa... cuma... ada pelik sikit dengan otak ni... Otak ni kan... punyalah terrer... kalau birthday orang, Insyaallah lah boleh ingat ... kita cuba test eh? Birthday kawan-kawan rapat aku. Nusaybah: 26/2 Nina: 09/2 Sarah: 04/11 *Hari ni birthday dia!!* Fesha: 21/8 Afifah: 11/3 Kaisah: 11/7 Sophia: 12/1 Aufa: 27/1 Fatin: 12/5 Farhana: 5/5 Sakinah: 10/5 Betul tak? Terrer tak? Aku rasa diorang tak tau bila birthday aku... sedih tak? TAkdelah... gurau sahaja... Nak lagi? Favourite boyband aku... KPOP group BOYFriend!! Debut: 26/5/11 Donghyun: 12/2 Hyunseong: 09/6 Jeongmin: 02/1 Youngmin: 24/4 Kwangmin: 24/4 Minwoo: 31/7 Yang diorang ni... confirm tak tau birthday aku.. oK... dah melalut ni... main point aku dlm post ni.. sebenarnya... nak ckp.. aku boleh ingat birthday org.. tapi kalau nak ingat moments dengan someone.. susah gila.. Paling lemah bila tengah berborak tiba-tiba seorang kawan cakap "Ingat tak.. hari tu yang.." kalau diorang dah start ayat ni, jarang sekali aku ingat apa yang diorang cakapkan.. aku ingat... pastu diorang tanya soalan gini: "alah.. takkan tak ingat? kau ada lah kat situ.." YA! AKU TAK INGAT! Kalau tak.. takkan aku nak buat muka manusia zaman paleoltiki nampak handphone Nokia 3310? Tu jelah aku nak luah.. sedih tak alkisah aku? Sebelum ni tak ada pon gini... lepas exam je... ARGHH!!! EFFECT EXAM KAH?!! bye... ASSALAMUALAIKUM... P.s : to the little boy who promised untuk jadi kawan saya sampai bila-bila... buat pengetahuan awak... promise yang awak buat dah berapa tahun tu.. saya still ingat.. hope you keep ur promise... and .. kepada sesiapa yang dah salah sangka.. KAWAN SAHAJA OKAY!!!