No hate, NO love

Tuesday 1 December 2015

Catch-up? Ketchup? Kicap?

Ohayo!!.. Konbanwa actually... hahahahaha

So... dah berapa bulan tak update... rasa nak update lak.. takde benda nak cakap so... just cakap lah pasal apa yang aku belum cakap

So.. lately,, lagu yang ak gilakan ialah Cold Blood by Dave Not Dave and Writings On The Wall, sang by Sam Smith. Lagu yang jadi OST Spectre tu orang dah biasa dengar kot? So, I'm gonna introduce this song I first heard on Suits.


Bercakap pasal Suits, aku frust betul bila dorang buat lawak season 5 akan sambung lagi 6 episod in January... lawak ke nak?!!! Aku sekolah la!! *Still waiting for Battle Creek S2*

Apa lagi aku nak bagi tau? hmm...

Oh ya, kerja sekolah banyak!!!! tak banyak pun.. but.. 
"Procastination is the thief of time" 

HAHAAHHAAHAH

me: Abah, penatlah sekolah...
Abah : Kalau nak senang nanti, penatlah sekarang..

Zap! Terus Teringat kata-kata Imam Syafie..



creds to that blog upthere!!

Saturday 19 September 2015

Rasa

RASA

Sakit,
Tak dapat didengar,
Cuma dapat dirasa,
Siapa yang merasa,
Dapat dilihat,
Apa yang terzahir.

Sedih,
Kadang lahir,
Bukan titisan air mata,
Terkadang lahirnya,
Senyuman gembira,
Rasa bersembunyi,
Dan terus bersembunyi,
Agar yang daoat melihat,
Hanya yang merasa,
Disertai Sang Pencipta.

Kecewa,
Datangnya membebankan,
Mencicncang dan menyiat,
Yang merasa hilang kawalan,
Membuak rasa ingin melukakan,
Bukan sesiapa tetapi diri,
Kerana yang merasa,
Penyebab ada rasa.

Gembira,
Rasa yang paling indah,
Tetapi sukar digapai yang merasa,
Atau mungkin diri itu sudah hilang syukur,
Patah diuji sebelum diuji.

Rasa,
Sekadar mainan akal,
Di suatu tempat mitos,
Yang menumpang nama hai,
Atau sememangnya wujud,
Anugerah Yang Maha Pencipta,
Buat ciptaanNya yang terindah,

Makhluk bergelar manusia.

Thursday 4 June 2015

Red Rose





The pain hit me late,
It hit me so late,
That I don't think I deserve to say,
I miss you...

Among those who march with me,
Among those who stands beside me,
Maybe I'm the only one who has not moved on.

No, I've moved on,
But after a few steps,
I took a step back,
And somehow...
It tempted me,
The idea to continue moving backward.

But there's no turning back,
All I have to look to is forward,
No matter how tempting it is,
Going back is not a choice,
So I'll move forward,
And enjoy the kill.




p.s: worst poem ever? I wont disagree.
p.s.s: sumpah aku tak tahu nak letak title apa.

Thursday 26 March 2015

Cuti dan Berhenti

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Triple S *hahahahaha kalau dia baca* dan juga orang yang tertekan link blog aku ....

    Tajuk Cuti dan Berhenti. Cuti? Sebab sekarang aku dapat mc 2 minggu jadi aku cuti sekolah lah kiranya. Berhenti? Aku tengah fikir2 kalau aku sesuai belajar seorang kat rumah patut tak aku berhenti sekolah? Tapi dah tentu2 jawapannya tak sebab 1. Mak aku takkan bagi 2. Aku nak belajar seorang kat rumah? Boleh.... tapi kau kena buang semua tv dengan gadget dekat rumah ni. Bukan banyak pun tapi cukup untuk melalaikan aku yang memang lalai ni. Nak buat homework 3 hari ni pun seksa lagi nak berhenti silakan Ilya silakan. Jadi kiranya aku punya title sepatutnya Cuti sahajalh tapi sebab aku malas nak tukar biarjelah

    Last post aku kata aku update tahun depan tapi memandangkan laptop buat hal tak boleh connect dengan wifi sekaligus membuatkan aku tak boleh stream MCountdown jadi aku postlah.

   Kenapa aku cuti? Biarlah rahsia....

    Benda yang aku nak cerita pendek je sebenarnya... tadi aku check saps.... pergh ranking aku.... seluruh form aku dapat no 49 dari 334 untuk kelas aku dapat 12 dari 36 orang ... huhu teruk gila.... memang tak aku nak bagitau parents aku.... huhu....

    Bye weh.., aku update bila aku nak update

p.s : #보이프렌드 x #BOUNCE 1st win 150324 !!!!! Happy gila aku waktu tu * aku dapat stream waktu tu sebab laptop tak buat hal*




   

Friday 13 March 2015

Exam Results #BOUNCE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...erk? Semua? Aku dan Triple S je kot...

       Okay... aku cakap nak update last week... tapi terimalah aku seadanya.

       Okay... last week exam and minggu ni last week of school which makes today the lat day of schol before March hols.. tapi aku ponteng hari ni *sebab sakit, ya.... bukan sengaja* which makes yesterday my last day.... sedih


       Kau tau aku dah dapat semua results aku? tak payah tanya banyak... dan aku tak payah taip banyak.. cukup sekadar taip average aku 69%.... dah kalau average macam tu mustahillah aku dapat straight As,, sedih...

      I seriously have the thought of changing streams though *camtu eh eja stream untuk arts stream sume tu?* Aku sekarang kat pure science+accounts ... aku nak tukar gi  arts+econs+acc+add math... arts stream lah tu.. tapi haih.. banyaklah aral melintang... orang kata kita kena dengar cakap orang tua sebab dia orang dah lebih banyak makan garam dari kita... tapi  hahahah.... bapa aku kata orang tua dah lebih banyak makan garam dari kita sebab tu diorang ada darah tinggi sebab tu diorang.... kau fikirlah sendiri... haih... tengoklah hati aku pasal benda ni camna akhir tahun nanti... apalah nasib kau Ilya... haih... sedih...

      Okay dah.... quit bout the sad stressing things... aku nak cakap pasal BOYFRIEND comeback BOUNCE!!!!! Cool gila kayh? Daebak

Image result for boyfriend bounce

Image result for boyfriend bounce

Image result for boyfriend bounce


OBSESSION : Peter Pan. WITCH : Red Riding Hood. BOUNCE : Alice In Wonderland!!! Tapi diorang kata this is the last of the fairytale series... huhu... Sedih... heol... sedih balik!! But this comeback is DAEBAK!!! 

Memandangkan aku tak kenal sangat Alice In Wonderland sebab aku tak pernah tengok habis cerita tu.... terpaksalah aku google siapa watak yang each member pegang so... here it is...
Donghyun : White Rabbit
Hyunseong : Cheshire Cat
Jeongmin : One of The Queens' Playing Cards
Youngmin & Kwangmin (Jo Twins) : Tweedledum & Tweedledee (Tweedle Twins)
Minwoo : Mad Hatter *watak Johnny Depp tu*

lama kayh aku search google... nak cari watak ni sume...  

Weh... tengok #ASHTAG dorang!!! 

https://www.youtube.com/watch?v=6hyF87uejlE

Kalau ikut hati banyak gila link vid... tapi ni aku bagi satu lagi first comeback stage #BOUNCE

DAEBAK!!! and... BOYFRIEND BOUNCE MV !!!!

DAE to the BAK!!

aku baru sekali tgk live performance dorang... sebab? Sebab aku bukan anak tunggal... ahhaahah ... sedih....

KAyh... bye.... Tahun depan aku update

Saturday 28 February 2015

Sajak Anti-Dadah.

   Assalamualaikum dan salam sejahtera selepas hampir 9 bulan. Walupun yang baca blog ni Triple S je...

   Okay... semalam.. which is hari Jumaat 27/2/2015 aku masuk pertandingan deklamasi sajak untuk Minggu Anti Dadah yang dianjurkan oleh SMKKK Damansara Jaya.

   Dan, seperti biasa.. aku akan cari sajak dekat Internet... Dan seperti biasa, apa yang aku jumpa dekat Internet tak memuaskan hati aku... jadi aku buat sendiri dan deklamasikan karya aku sendiri. Kau baca je .. aku tak de nak add audio aku mendeklamasi kat sini.. MALU!!


Dadah Hapuslah Dikau

Dadah, 
Kau  pendamping  dunia  perubatan,
Kau  penawar  mereka  yang  kesakitan,
Kau  ibarat  wira  yang  tidak  didendangkan,
Namun  itu  kisah  yang  lama  kau  tinggalkan.
Kini,
Kau  berpalin  dari  matlamat  yang  asal,
Kau  penyebab  keluh  dan  kesal,
Kau  pemusanah  harapan  nusa  dan  bangsa.

Dadah,
Di  awalnya,
Kau  malapetaka  dikarburi  suka,
Di  hujung  nanti,
Kau  nukilan  penuh  duka.

Dadah,
Hapuslah  dikau,
Agar  hilang  keseronokan  penuh  dusta,
Agar  tiada  sampah  masyarakat  melata,
Agar  kembali  ketamadunan  manusia.

Wahai  manusia,
Jangan  terpedaya  dek  dusta  dadah,
Khalayan  sebuah  keseronokan  sementara,
Yang  tingal  nanti,
Realiti  dirimu  yang  merana.

Andai  di  mata,
Dadah  itu  seperti  mawar,
Ingatlah  mawar  itu  tajam  durinya,
Andai  di  lidah,
Dadah  itu  seperti  manisan,
Ingatlah  hidup  mu  tanpa  dadah,
Lebih  manis  rasanya.

   
  hahahaa.. itulah  dia. Aku dapat tempat kedua untuk deklamasi sajak Sayang Sesama Insan yang aku post dekat blog ni tahun lepas... tapi untuk sajak ni... aku tak rasa aku dapat any placing sebab waktu aku deklamasi hari tu.... macam rap! Kurang sikit je dari Joe Flizzow.. hehe...

Oh ya.. aku tengah tengok Tiga Hari Menanti Mati.. omg.. Adi Putra dengan rambut crew cut... handsome gila! Guys with crew cuts are heart melters... entah betul tak English aku..

Oh ya... Jo Twins pun rambut crew cut... sebab diorang masuk Real Men 2.. my heart!!

Embedded image permalink                 Embedded image permalink


Oh ya.. they're having a comeback on 5th of March which is next week.. and.. I have exams!! :') so... I'll talk about that after exams.. the theme is Boyfriend in Wonderland.. Dark Fairytale Idols!! 
Obsession - Peter Pan
Witch - Red Riding Hood
Bounce - Alice in Wonderland
what else? ugh.. CANT WAIT!!!

BYE.. TILL I WRITE AGAIN.. MAYBE IN THOUSAND YEARS.. HAHAHAAH... ASSALAMUALAIKUM.