No hate, NO love

Saturday 19 September 2015

Rasa

RASA

Sakit,
Tak dapat didengar,
Cuma dapat dirasa,
Siapa yang merasa,
Dapat dilihat,
Apa yang terzahir.

Sedih,
Kadang lahir,
Bukan titisan air mata,
Terkadang lahirnya,
Senyuman gembira,
Rasa bersembunyi,
Dan terus bersembunyi,
Agar yang daoat melihat,
Hanya yang merasa,
Disertai Sang Pencipta.

Kecewa,
Datangnya membebankan,
Mencicncang dan menyiat,
Yang merasa hilang kawalan,
Membuak rasa ingin melukakan,
Bukan sesiapa tetapi diri,
Kerana yang merasa,
Penyebab ada rasa.

Gembira,
Rasa yang paling indah,
Tetapi sukar digapai yang merasa,
Atau mungkin diri itu sudah hilang syukur,
Patah diuji sebelum diuji.

Rasa,
Sekadar mainan akal,
Di suatu tempat mitos,
Yang menumpang nama hai,
Atau sememangnya wujud,
Anugerah Yang Maha Pencipta,
Buat ciptaanNya yang terindah,

Makhluk bergelar manusia.