No hate, NO love

Wednesday 26 February 2014

Sajak Menyajak

So... hari ni ada pertandingan sajak kat sekolah... ni kira terbuka lah bagi budak-budak sesi pagi. 

Sajak yang aku deklamasikan (kayh... tersasul-sasul nak sebut deklamasi waktu intro tadi), aku cuba cari kat internet tapi hurm.. x puaskan hati aku. Jadi, daripada aku kompelin, baik aku buat sendiri sajak aku.

So... here it is. Oh... ha'ah.. tema dia budaya penyayang

Sayang Sesama Insan

Sayang,
Sayang sesama insan,
Keluarga, guru, sahabat handai,
Malahan mereka yang tidak pernah bersua muka,
Sayang tidak pernah habis,
Sayang tidak pernah hilang.

Sedari kecil,
Kita diajar untuk menyayangi,
Diajar untuk menghormati,
Diajar untuk berbudi pekerti.

Tetapi mengapa,
Mengapa kini,
Kita membenci dan mencaci,
Mengeji dan memaki,
Malahan bergaduh sehingga berbunuhan.

Mengapa,
Mengapa guru bagai diperang,
Mengapa anak begitu senang dibuang,
Mengapa ibu sanggup ditendang,
Mengapa lupa bapa seorang pejuang?

Kembalilah,
Kembalilah menyayangi,
Berdoalah agar kita kembali berkasih sayang,
Agar kita tidak berperang,
Agar benci tidak bersarang,
Di dalam hati yang gersang.

Jangan tanya aku macam mana aku bersajak...  MALU!!! tetapi Alhamdulillah... dapat 3rd place.. 1st place: Liyana, 2nd place: Nur Kaisah Athirah binti Ahmad Azlam.. hehe.. sorry tak tau nama panjang Liyana.

Ok.. ada berita gumbira walaupun tak berapa dicelebrate sangat.. PBS ditangguhkan! hehe...

Aku boleh bayangkan.. one day... setelah perbincangan dan kajian pasal benda PBS ni tamat.. waktu dekat sekolah... tengah belajar, tetiba ada pengumuman,  
"Maaf kerana mengganggu. Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS dibatalkan buat tahun 2014 dan selamanya. PMR akan diwujudkan kembali atas faktor 'majority wins' dan faktor PBS terlalu membebankan. Selamat belajar dan terima kasih"
Dan... lepas itu aku dapat bayangkan satu Blok C sekolah aku (blok di mana kelas form 3 aka first batch PBS) menjerit keseronokan.  Yang students menari KPOP... yang cikgu yang ajar form 3 pula ber KUCH KUCH HOTA HAI sebab gembira. Lepastu kita sama-sama menari zapin, tarian naga, tarian baratha natyam.. dan apa-apa saja tarian yang ada dan diketahui. Lepastu sampai balik kitorang celebrate.

Lepas tu andai kata waktu announcement tu tengah baru nak mula jawab evidens PBS, kitorang meronyokkan ,  ataupun mengoyak-ngoyakkan evidens tu, lalu buang dalam tong sampah sekadar  nak menunjukkan rasa bahagia dan bersyukur (bersyukur kejadahnya, kalau kertas tu recycle kan bagus)

INI SEKADAR KHAYALAN AKU YA! PBS MASIH WUJUD DAN SEDANG DITUNDA.

tetapi.. aku harap PBS dimansuhkan kerana terlalu banyak hati-hati murni yang berharap begitu.. huhu... adios..

P.S: agak-agak apa yang aku cakap pasal buang evidens tu isu sensitif tak?

1 comment:

  1. Oh, sangat tidak boleh blah Ilya! >.< DA BEST! Dari bab sajak, tiba-tiba pula cakap perihal PBS! >.<

    ReplyDelete